Want your
own Fotopage?













 


By: Me and my Honey

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Jan-2009 20:40 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Cari Makan

Hiasan
 
Inilah tempat kita nikmati mamam
 
air basuh tangan
tomyam seafood
sotogn goreng
ikan 3 rasa
so'un
View all 12 photos...


Masa ni kami jejalan cari makan time school holiday at Langkawi yang bakal berakhir minggu ini. Dah lama nak upload tetapi almaklum, payahnyer dek masa, hari, dan pelbagai rintangan, halangan dan dugaan.. cecewah,
baru ini lerr berkesempatan meng-update lagi.

Saat ini kami nak makan malam sebelum nak balik pulang esoknya. Kebetulan untuk meraikan abang ipar ku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang sememangnya dari Langkawi. Kiranya kami ke Langkawi ini bertujuanlah.. bukan sesaja nak holiday. 2 in 1 lerr...

Ok, ni nak story about Shrimpz. Semua menu yang ada mmg UMMPHH !!!
Tidak mengecewakan langsung malah TERsangat berbaloi dan berpatutan. Lebih kurang 4 ke 5 jenis hidangan lauk pauk nyer, bersama timun dan sambal belacan, hirisan buah-buahan dan minuman untuk 13 dewasa dan 8 kanak-kanak berusia 8 tahun dan ke bawah harga yang perlu dibayar adalah lebih kurang rm400 ++

Suasana tempatnya mmg umpama kita makan di kampung. Ada pondok yang disediakan untuk kita bersantapan sambil bersila dan sesambil tu juga kita dapat merasakan suasana malam dingin angin sepoi-sepoi mengalun lembut yang berlatarkan kolam udang yang agak luas juga pada pandangan mata kasar ku ini.

So, if u all g Langkawi, cubalah cari Shrimpz Restaurant nih. Nak ku sertakan alamat dan no. tel, business card-nyer plak ntah ke mana. So, gi lah risik pada orang2 kat situ yek..
Puas mencari tapi inilah dia salah satu cubaan dan dugaan seperti memula yang diberitahu tadi. Apa2 pon, mmg yanT TAK ngomong sembarangan... memang hidangan lauk pauknyer sedap dan menyelerakan. Tengok air basuhan tangan dia pon nampak macam mengiurkan..
Sure meleleh wa cakap lu !!

OKlah, setakat ini jer yang mampu yanT uploadkan.. Ada lagi tempat makan menarik yang sempat kami pergi minggu lalu. Bertempat di Taiping, Perak. Tapi, nanti di lain hari yanT ceritakanlah... Dan kebetulannya hari ini (pagi) yanT baru jer selesai membawa cik adik intan payung yang seorang tu, Hani Yasmin ke hari orentasi Tahun 1 untuk sessi 2009.



Ada ujian diagnostik untuk hari pertama nih hanya untuk menentukan kelas tetap untuk semua murid Tahun 1, 2009 nih yang bakal bermula pada 5/1/2009 nanti... Apa yang yanT boleh katakan selepas post-mortem utk satu hari nih, budak-budak sekarang tidak lagi seperti dahulu kala. Budak2 sekarang lebih berani, inovatif dan kreatif. Tambah lagi, teruja dan suka pada sesuatu yang baru!! Namun kemanjaan itu tidak pernah lekang. almaklum, mereka kan baru nak mencecah usia 7 tahun.. tentulah manja. Apatah lagi kalau macam Hani Yasmin nih, lagilah manja. Anak mak so'ang...

Sesungguhnya, cabaran ku kian memekar ... Namun, moga ketabahan, kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental juga telusuk hati ini terus cekal menghadapi hari-hari hadapan... Insya Allah.
Buat Hani Yasmin, luv u so much 4 ever, sayang.. Seronok tengok gelagatnya yang memang sangat teruja untuk menikmati harinya sebagai murid sekolah Tahun 1.

Tidak terlambat rasanya untuk ucapan Salam Hijrah 1430H. Selamat Tahun Baru 2009 (M).
Moga iltizam 1430H dan 2009(M) menyemarakkan lagi semangat untuk mencari keredhaan, ketakwaan, kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kelak... insya Allah.

Daaaa



hi yant....salam kenalan.....da besar hani yea....masih sorang ke....sama macam adik ain da 5 thn tp masih x berkawan....bestnyer jejalan kt langkawi....last pi pon 7 thn lps....lama tuh Sat 24-Jan-2009 16:23
Posted by:as_mama ain aen_aslan@yahoo.com  - [Link]
Yan-T, lama sungguh intan tak datang bertandang ke page yanT ni.. insyaallah kami join gathering nanti..jumpa nanti tau..intan pun rindu nak jumpa yanT dan hani... Tue 10-Feb-2009 05:51
Posted by:mama hadif intanaziela@yahoo.com  - [Link]
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai -----------> STOK BARU 4 MEI 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 4-May-2009 09:09
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 11 comments Add comment


Thursday, 11-Dec-2008 21:45 Email | Share | | Bookmark
Hani Yasmin's 6th Birthday TODAY !!

1st bday @ abah's hometown
2nd bday @ rmh d keramat
3rd bday at Malacca Zoo
4th bday at Genting
5th bday @ nenek's hse
HAPPY BIRTHDAY HANI YASMIN !!!



Balik dari kerja hari ini jam 8 mlm, kami ambilnya dari rumah nenek nya dan membawanya ke Secret Recipe. Yang di minta hanyalah sepotong chocolate american brownies. Terharu mama dengar permintaannya. Lalu mama surprised her - brownies with sugar doll. Saat nak buka kotak, mama minta Hani closed her eyes. Taraaaaaa !!!! "wow, thank you mama!! Thank you abah!!"

Uhuk uhuk uhuk !!!
Anak mama sorang nih dah 6 tahun usianya... Al Hamdulillah. Teringat saat melahirkannya pada tarikh ini. Saat yang tidak sama sekali mama lupakan. Biar pun kesakitan melahirkan Hani itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, namun mama rasai bahawa itulah penghargaan dan anugerah yang tidak terhingga hebatnya dari yang Maha Esa untuk mama.

Tahun depan Hani will go to standard one. Cepat sungguh masa berlalu.. Namun begitu, mama sesungguhnya mengharap moga anak mama terus membesar bagai johan untuk kebahagiaan mama dan abah.. insya Allah..

Happy birthday sayang and Luv u so much !!

re:mmg hepi n meriah biler ader tetamu dtg umah......
ye lah bknnye selalu dpt berkumpul....
My Damia lg lah hepi...dpt jupe sepupu sepapatnye.......ha9
Wed 31-Dec-2008 08:52
Posted by:momma damia ~ lela tiwabanos@yahoo.com  - [Link]
hepi belated besday untuk hani yasmin... moga membesar menjadi insan yang berguna Fri 2-Jan-2009 10:40
Posted by:Watie  - [Link]
hepi belated birthday to yasmin and hepi new year...

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com
Fri 2-Jan-2009 23:33
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Saturday, 29-Nov-2008 01:06 Email | Share | | Bookmark
Majlis Ihtifal Perdana @ Masjid WP

 
 
 


Sekian lama bercuti pastu payahnyer bila nak upload ada jerrr masalah ..
kejap-kejap 'hang'
malas dibuatnyer..
Apa pon, sepanjang bercuti, kami enjoy dengan tempat2 makan yang menarik minat kami utk kami kongsikan dengan kalian.. So nnt kita postingkan lagi gegambar kita gi jalan-jalan cari makan tu yek...

So, just tgk gambar Hani sempena Majlis Ihtifal (majlis konvokesyen) yang mana ini sahaja yg dapat kita postingkan.. nnt mood ok, internet pon harap Xbuat hal, so then nnt kita upload lagi gegambar Hani di Majlis Ihtifal-nyer ...

Enjoy the pics !!!!

yan-T...lama tak jenguk menjenguk yek...hani dan graduate yek... Thu 4-Dec-2008 02:15
Posted by:mama hadif intanaziela@yahoo.com  - [Link]
kejap jer kan masa berlalu pejam celik-pejam celik anak2 kita dah masuk sekolah rendah.... rasa mcm baru semalam mama2 tinggalkan sekolah... tahniah buat Hani aunty ucapkan selamat menempuh hari baru dalam alam persekolahan. Hani sekolah kat mana yer? Fri 5-Dec-2008 03:34
Posted by:Azie
hani dah graduate leh ar aku anto rombongan meminang Mon 8-Dec-2008 03:09
Posted by:onezry
Add comment


Sunday, 9-Nov-2008 02:35 Email | Share | | Bookmark
Sepanjang Syawal ( 1/10/08 - 30/10/08 )

rumah etty
byknyer makanan
hani with putih
View all 21 photos...
Salam
Akhirnyer tamat sudah Syawal meninggalkan kita.... Semoga dengan harapan yang tinggi ada lagi jodoh kita di tahun akan datang.. insya Allah bulan haji tiba lagi...
Memang sibuk nyerr lah amat sibuk daku ketika menghadapi hari-hari dalam bulan syawal 1429H itu. Sibuk ke sana dan ke mari.. Banyak betul jemputan rumah terbuka. Apapon, kesempatan di ruangan ini, daku ucapkan jutaan TERIMA KASIH kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka kalian. Memang kami sangat puas hati dengan semua hidangan yang diterbukakan di hadapan kami untuk santapan kami... wahwahwah
Malamnya hari Jumaat 10/10/08, sesudah solat mahgrib, kami menuju ke Seri Gombak. Rumah pakcik ku. Inilah penyeri rumah pakcik ku - sepupu ku Siti Khadijah. Belum remaja lagi tapi she's look matured. Comel betul budak-budak lani kan... Tapi aku mmg suka menyakatnya.. Dan selepas itu kami terus ke rumah pakcik kami yang lain pula di Gombak juga. Yang ini mmg tak larat betul aku nak makan. My tank was full !! Kalau makan jugak, sure termuntah punya lah...





Keesokkan harinya 11/10/08, seronok dapat ke rumah Etty Irdayu. Myyg office mate. Orangnya kecil molek. Rumahnya gah gitu. Cantik betul hiasan-hiasan di dalam rumahnya.




Sebelum rumah Etty, kami ke rumah jiran kami. Sejurusnya kami dari rumah Etty, kami ke Bukit Beruntung - rumah sesama office mate myyg juga. Dan selepas itu, kami dengan rasa sukacitanya, bersemangat menuju ke rumah Intan (mama Hadif) geng FotoPages gak.. Apa pun ampun maaf kerana kehadiran kami terlewat dari yang telah dijadualkan..

Penat sungguh berjalan sehari suntuk, kami balik terus ke rumah dengan gendang gendut tali kecapi. Aduhai, kenyangnyer perut senang + susah hati.... (susah hati sebab nnt sure membesar bagai johan !! )

Kemudiannya, pada 12/10/08 pula, kami ada jemputan 2 buah rumah lagi. Kedua-duanya terletak di Subang Jaya. Di rumah pertama jemputan dari office mate myyg juga. Then rumah ke duanya pula, my office pula. Iaitu En. Jamal. Yang syoknya, rumah En Jamal ni ada seekor kucing. Putih namanya. Matanya sebelah kuning dan sebelah lagi biru. Hebatnya, bulunya gebu sangat ditambah dengan badannya yang besar sangat. Hani, anakku begitu teruja melihatkan kucing yang separuh besar dari saiz badannya.. Tak lupa juga, en Jamal nih memang pandai bercucuk tanam.




Dan sesudah itu pada 18/10/08 pula, kami buatlah juga jamuan kecil-kecilan. Tapi yang nih mmg masak sendiri so mmg daku terlupa sungguh nak bergambar dengan tetamu atau nak bergambar sendiri.. hujungnyer makan tu barulah teringat nak amik gambar... adalah gambar budak comel nih.. Dia dah niarap laaarrrr.... Nama saya Puteri Nur Balqis ...





Pada 25 - 26/10/08, kami bertungkus lumus bersama-sama di majlis perkahwinan sepupu myyg - Zatul yang diijabkabulkan pada 25/10/08 jam 11 pagi dengan pilihan hatinyer - Radzi. ...





Walaupun jam 2 pagi berita yang mmg mengejutkan aku dan suami dan telah menyebabkan aku dalam keadaan yang sangat2 berduka namun ku gagahkan dan kerahkan perasaan, hati dan tenaga untuk turut sama merasai kegembiraan seluruh seisi keluarga pasangan pengantin. Biarlah hanya Allah swt tahu betapa remuk redamnyerr luluh perih tambah perit rasanya hati ini ....
dan pastinyer kedua orang tua ku lebih perit merasainyerr dari apa yang aku rasa... harrr harrr harrrr .....
Cool beb !!! Rileks !!!
bak kata Puteri = hidup cuma sekali, so.... kita enjoy !!!
Apa pon, berita yang kami terima ... suami ku byk memberi semangat dan dorongan.. Dan semoga yang berlaku, ada hikmah di sebaliknyerr ... mudah-mudahan yang terbaik sahaja kan menjelang nanti.. insya Allah.. Dan pada kawan2 yang ku ber iya-iya nyer lah mem-booking khidmat korang, so sorry coz semua nyer tu terpaksa dibatalkan... Ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Dan kini, segalanya kembali normal dan mimpi ngeri itu kononnyer bagaikan sudah hilang dibawa terbang bersama angin yang bertiup kencang...
Bagi menghilangkan rasa tertekan (cewah, tertekan konon) Xder maknanyer tertekan pon... sempat lagi kami bawa Hani menyaksikan favorite movie nyer High School Musical 3. Mama Hani pon enjoy that movie too
So, sekalian kawan2 yang telah sudi singgah di sini, enjoylah gegambar yang ada, ok...

daaaa ...




salam perkenalan.. semoga tabah menghadapi dugaan...
Sat 8-Nov-2008 20:20
Posted by:Puteri Qaisara poqai@yahoo.com
suke arr tengok kucing dgn anak tuhhh...nice editing.. Tue 2-Dec-2008 19:00
Posted by:jebuk711 jebuk711@gmail.com  - [Link]
huhuh...itu bukan setakat pilihan hati..itu pilihan jantung..pankreas..buah pinggang....semua laa....ahahahha.....huhuuh..ape dugaan2 nie...apepun sabar je laa...kim salam kat abang sepupu ku itu...kuikuikuiiiii.... Wed 11-Feb-2009 00:19
Posted by:zatul mrs_lopaque@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 7-Oct-2008 08:45 Email | Share | | Bookmark
Salam Lebaran 1429H


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H
Ampun maaf ku pinta andai di ruangan ini ku telah melukakan hati kalian secara langsung atau secara tidak langsung.
Apa pon, semoga Ramadhan yang berlalu dan menjelangnyer Syawal kan terus menambahkan lagi kebahagiaan kalian dan daku sekeluarga .. insya Allah

Terima kasih yang tidak terhingga pada mereka yang sudi mengirimkan kad raya melalui ruangan cyber fotopages ini ..
Antaranyer :


kiriman ini ikhlas daripada : Oli
http://ashadieeyah.fotopages.com

dan


kiriman ini pula daripada cik linn
http://ciklinn.fotopages.com

Terima kasih yang tidak terhingganyer buat kalian. Sungguh ku terharu dengan kad kiriman kalian.
Tiadalah ku dapat menaipkan apa2 lagi buat tatapan kalian, dan dikesempatan ini semoga kalian semua sihat walafiat dan berbahagia di samping yang tersayang.

Hmmm.. jgn lupa if korang ada buat open house sempena Syawal ini, jejemputlah daku.. harrharrharrr .. jika ku berkeizinan masa, hari dan waktu, insya Allah .. kan ku serbu rumah kalian ..

Daaa. .. ..

>> salam aidilfitri... Wed 8-Oct-2008 19:37
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Hans Isa tu adik kepada Hans Isac.... Sat 18-Oct-2008 17:41
Posted by:Din  - [Link]
mek bila nak hapdet.. Tue 4-Nov-2008 08:29
Posted by:~~ciklinn~~  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 14-Sep-2008 00:30 Email | Share | | Bookmark
Walnut Coklat Meringue

 
Al hamdulillah, bertemu lagi kita Ramadhan yang ke 14, 1429H.
Sesudah subuh tadi, yanT cuba tidak menyambung tidur. So yanT buat biskut Walnut Coklat Meringue



WALNUT COKLAT MERINGUE
Bahan-bahan :
60 gm kacang walnut
60 gm gula aising
10 gm serbuk koko
2 biji putih telur

Cara membuat :
~ Cincang kacang walnut sehingga menjadi separuh halus
~ Bakar sehingga ia garing
~ Masukkan gula aising dan putih telur ke dalam mebin pemutar
~ Putar sehingga menjadi kembang
~ Masukkan pula serbuk koko dan kacang walnut yang telah di bakar
~ Gaulkan dengan sebati menggunakan sudu
~ Selepas itu, bakar di dalam ketuhar pada suhu rendah iaitu 120'C selama 20 minit.

Senang dan mudah jer resepinyer. yanT dapat resepi nih daripada majalah NONA Edisi Khas Lebaran 'Oktober 2007. Cubalah...

YanT, sedap tak kuih ni? Thu 25-Sep-2008 03:56
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
>> salam Aidilfitri untuk anda sekeluarga...
>> moga bahagia di Syawal mulia...
>> andai ada salah silap terkasar bahasa...
>> ampun serta maaf juga dipinta....
Thu 25-Sep-2008 20:56
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf andai ada silap dan salah
YanT dah sihat?
Mon 6-Oct-2008 12:18
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 12-Sep-2008 02:40 Email | Share | | Bookmark
TAG FROM MAMAFAMI

Halloo...
Hehehe.. Mamafami dengan sukahati nyer tag yanT.. Ada juga yg sudi.. harrharrharr...
Apa pon kita ucapkan tima kasih bbyk.. OK layanzzz jer larrr yerk jawapan kerja rumah ni yerk...

1. Nama timangan >>

~ ibu, ayah panggil yanti aje. Kawan-kawan pon cam gitu gak. Sama.
~ but ada sorang kawan nih, dalam dunia dia sorang jer yang panggil Naz. Kekadang tu if yanT Xdengar dia panggil so dia akan panggil Nenaz.. sabor jer lah
~ ingat lagi masa sekolah rendah dulu yanT and the gang suka cakap terbalik.. so panggil nama kawan2 pon kira terbalik jugaklah. Macam gini bahasa terbalik tu yer : YASA KASU KANMA TIRO. LAUKA WAK A, KASU KANMA PA A LAKPU ?? hehehe… tau tak camana nk translate ?? Dan kebetulan member yanT hujungnyer pon yanti juga so suka sgt coz kami dok panggil sesama sendiri TIYAN – maksudnya yanti-lah.. Sampai sekarang if terjumpa dengan member nih, kami still panggil TIYAN.. melekat sampai ke tua.. hikhikhik


2. Saya seorang yang >>

~ pendiam pada yang tidak kenal atau yang baru kenal TP kalau dah kenal rapat dah jadi lain pula. Boleh plak jadi byk cakap dan suka gelak ketawa dan kalau dok berkumpul ngan kawan2 terutamanyer Uya, Azie, Lyna, Ita, Midah, Yanie … mmg sampai kedai makan dah nak tutup tak pun tunggu sampai hsbn masing2 call barulah sedar..
~ tersangat sensitif
~ terlalu mudah mengalirkan air mata.. suka nangis, marah nangis, ketawa nangis, sakit nangis, dan kalau sedih tu mmg lagi nangis bagai nak rak lah
~ mudah mengalah pada sesiapa pon lah. Tak kisah siapa menang atau kalah pon tapi dalam mempertahankan yang HAK so itu tidak sesekali ku mengalah..

3. Insan2 teristimewa >>

~ tentunyer ibu, ayah, suami, anakku Hani Yasmin dan adik beradik

4. Makanan>>

~ yang ini mmg samalah yanT dgn MamaFami .. hehehe.. kita ciplak statement mama nih - Segala yang halal dan yang boleh dikategorikan sebagai makanan!....nampak no buruk melantak yek! Muahahaha.... tapi yg lainnyer yanT tidaklah buruk lantak.. harrharrharr

5. Favourite colour >>

~ Semua yang bersedara-mara dengan BIRU colour..

6. Favourite song >>

~ boleh dikatakan semuanyer yanT layanzzz. OK jer.. Tapi paling minat lagu2 dari album atau nyanyian Siti Nurhaliza.. I’m Ct’s Fan but not fanatic k !!

7. Benda yg membuat anda stress >>

~ Bila buat salah dan silap dan dah mintak maaf pon tetapi masih tak dimaafkan lagi.. takut wooo
~ Dok tengok report kat office tu mmg stress banget.. baru jer minggu lepas doc bgtau yanT low blood pressure.. adossss. Mmg gelap dunia ku seketika.

8. 3 benda dalam wallet>>

~ Tentulah KAD. Antara kad-kad nyer ialah Kad pengenalan, kad perakuan nikah, kad debit, kad credit, kad Jusco, kad MPH, kad toy r’us, kad ahli farmasi Sri Wangsa, kad klinik Idzham .. adohai, byk lah kad sbenarnyer. Malu nak bgtau.
~ Gambar ku+hsbn dan tentunyer gambar Hani Yasmin masa 6 bulan.
~ pastu ada gambar minah saleh dan yanT gunakan gambar tu time nak gunting rambut. Bila tukang gunting tu tanya nak gunting macam mana so yanT cuma tunjukkan gambar tu sahaja so nnt mcm samalah rambut yanT yang baru di gunting tu dengan gambar minah saleh tu. ahaks..

9. Kali terakhir menangis beriya-iya>>

~ Sadisnyerr soalan tag yg terakhir nih.. yanT nih mmg selalu nangis so kalau yang paling beriya sgt nangis nih lastnyer masa yanT tgk dvd citer – 50 first dates.. Cerita lakonan pelakon yang yanT minati , Drew Barrymore dan Adam Sandler. It was soooo touching !! huhuhu!! Hsbn yanT dok gelakkan sebab yanT nangis tak berhenti walaupon citer tu dah habis tengok.. mmg satu hari tu dok kena ejeklah dengan hsbn yanT.. huhuhu and yanT syor kan mama dan kgkawan yang lain, tengok arr citer nih.

Dan seterusnyer, yanT nak TAG
1- CikLinn ( http://ciklinn.fotopages.com )
2- Iza mama Haikal ( http://adamdanishhaikal.fotopages.com )
3- Intan mama Hadif (http://intanaziela.fotopages.com )


Sesudikanlah menjawabnyer ..
Sekian, terima kasih daun keladi..
Daaaa.......


huaaa kena tag...nanti intan jawab okeh...

yanT: kami pindah weekend ni..nanti leh la mai umah..eh kita sama lah..ada low blood pressure...
Fri 12-Sep-2008 10:59
Posted by:mama hadif  - [Link]
HAI SALAM RAMADHAN....1ST TIME SINGGAH SINI....
SALAM KENAL GAK YE N SELAMAT BERPUASA
Sat 13-Sep-2008 06:57
Posted by:Watie sis_plano79@yahoo.com  - [Link]
nenaz funny!

|trailsshoppers.blogspot.com|
sales shopping dining customer
* Updated: Crocs End of Season Sales until end of De...|trailsshoppers.blogspot.com
http://trailsshoppers.blogspot.com/2008/11/updated-crocs-end-of-season-sales-until.html
Sun 30-Nov-2008 19:41
Posted by:trailsshoppers.blogspot.com
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 9-Sep-2008 21:40 Email | Share | | Bookmark
Bazaar Ramadhan @ Tapah

mee dan keuhtiow goreng
ayam golek fav myyg
 
View all 5 photos...
Salam Ramadhan



Puasa tak?? Jangan yang yang yok yerk.. Xmau ngelat2.
Kat sini kita nak share bazaar ramadhan Tapah yang kita g minggu lepas. Kebetulan kami balik kampung merasai berpuasa di Kampung Tersusun, Tapah. Subhanallah, sejuknyer lah suasana di sana. Sampaikan balik jer KL Hani dan abahnyer demam terus.
Yang paling ku suka di bazaar ramadhan Tapah ialah air kelapa lemon.. Syokkkk berbuka puasa minum air kelapa lemon tu sampai kembong kembong perut jadinyer..
Buat pengetahuan kalian, Hani setakat ini hanya berjaya berpuasa 3 hari sahaja. Apa pon - Al Hamdulillah... gembira juga melihat telatah budak 6 tahun berpuasa. Dan yang paling best tengok gelagat Hani di bazaar ramadhan. Semua yang terpampang di depan matanya, semuanyer dia teringin. Semuanya dia hendak.. Pastu yang bestnya, kat bazaar ni ada jual chicken chop. Belum pernah lagi aku tgk kat bazaar ramadhan ada jual makanan tu. Mungkin ada lah tapi ni baru 1st time aku melihatnyer di Tapah nih.. Anyway, enjoy jer lerr gegambar yang ada ... K daaaa

re : snap tu mmg arr snap, tp membuka mata memilih juadah pilihan tu yanT Xlupa lerr ct.. Wed 10-Sep-2008 15:50
Posted by:yanT  - [Link]
Pergi PaRam pun sempat lagi jadi photographer eh? Baguslah Hani dah belajar berpuasa. Nanti boleh dapat duit raya..
p/s : Kalau free, sila ke fp mama ye, ada homework untu YanT...
Thu 11-Sep-2008 03:48
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Baguslah Hani pose...nnt minta duit raya byk2 tau...ooo pi pasar ramadhan ek....mesti rasa cam nak beli sumer kan.... Fri 12-Sep-2008 04:01
Posted by:iza~mamahaikal melati072003@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 1-Sep-2008 09:23 Email | Share | | Bookmark
Xtvt 17/8/08 -1/9/08

 
 
 
View all 56 photos...
Salam,
Kesibukan yang keterlaluan (amboi mcm melampau jer bunyinyer) dan di kesibukan itu telah menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa untuk meng-update fp sendiri dan juga apatah lagi untuk menyinggah fp kawan2 yang lain...



Pada hari Ahad 17/8/08, kami pergi melawat baby sekali lagi. Kali ni kami ke Damansara iaitu melawat baby baru iaitu anak ke-2 kawan myyg - saudara Izzat.. Nama baby tidak pula kami tahu kerana pada hari kami pergi tu, namanyer Xder lagi.. So sampai sekarang tidaklah pula kami bertanyakan namanyer anak perempuannyer itu.. Apapon, baby girlnyer tu sihat dan gitu gak mommynyer ~ Al Hamdulillah..



Fasal baby tu kiranyer Xder apa2 citer sgt pon, cuma yang aku happy nyer tgk keletah abang pada si baby girl tu. Actually, suamiku dan saudara Izzat sudah berkawan lama sejak dari kecil lagi. Almaklum, mereka sekampung. Jadinya, isterinya ~ Nani pon kira kawan ku juga. Dan bila kami masing2 punya anak yang kebetulannya lahir pada tahun yang sama, anak2 kami pon kiranyer berkawanlah juga.... ..
Anaknyer Atif dan anak ku Hani. So kalau kami balik kampung, Hani sure tanya "Atif balik jugak ker?" Dan menurut citer Nani, kalau mereka pula balik kampung then si Atif akan bertanyakan soalan yang sama seperti Hani. Tak pon "Hani mana, mama??"
Lawak betul !! Tak fasal berbesan plak kami hehehe.. ni lawak jerr.. bukan kisah benar yerk...
Dah, stop sampai sini.. sambung citer lain...

20/8/08 Rabu, kami mmg bercadang nak ke Kok Lanas, Kelantan - rmh abang myyg. Sajalah konon dah tension banget bekerja.. Cewah, nak berehatlah kononnyer.. So sempena cuti sekolah yang kadar seminggu itu, kami bertolak ke Kelantan 21/8/08 Khamis pada awal + - jam 8 pagi .. Masa perjalanan yang panjang itu membuatkan aku tersangat letih dan ku mengambil kesempatan yang ada untuk melelapkan mata sehinggalah melepasi Gua Musang..
Sesampai di rmh abang ipar ku itu, kami di hidangkan dengan mee bandung. Pergh!! sedapnyer lah aku dok pulun!! Dan selepas itu kami ke Pasar Malam @ Ketereh.. Xtvt Kami di Kelantan tidaklah ke mana2 sgt pon, sebab sebelum ini kami pernah beberapa kali ke Kelantan. Cuma kali ini kami pergi membeli belah barang keperluan untuk hari raya akan datang.. (belum puasa dah shopping raya!! adusss, malunyer!!)
Kami cuma pergi ke MPKB, Pasar @ Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah dan Kedai makan Mee Kpg Pek, Ketereh.



Ni nak kongsi ngan kalian, coz hari Sabtu pagi kami ihidangkan sarapan pagi ~ Nasi KLCC Memang aku Xpernah dengar pon. Apatah lagi melihatnyer.. Nasi yang diletakkan bersama sedikit serunding, sambal udang dan sedikit telur dadar dan dibungkus pula dengan menggunakan daun pisang. Pergh!! Tak cukup satu, beb!!
Penambahan, Nasi KLCC juga dikenali sebagai Nasi Tumpang..



Dan kami pulang ke rumah ku syurga ku dengan hati yang girang kerana hajat di hati termakbul sudah... .. Sebenarnyer shopping ni pon di kira salah satu cara me-released-kan tension. Kononnyerlah tu kot..

Pada tengahari Ahad, kami bercadang untuk makan di Cheng Ho tetapi hajat suamiku tidak kesampaian kerana restoran Cheng Ho tutup lah pula. Dan dikebetulan itu, kami singgah masuk aje restoran di sebelahnyer iaitu Restoran Kerisik. Ni pon kira orait gak.. Tempatnyer terletak bersebelahan Cheng Ho Resaurant.. Cuba tau, jangan Xcuba !!

Sekali lagi Restoran Cheng Ho menjadi pembuka selera Myyg pada tengahari keesokkannya.



Kali ni myyg pesan butter prawn, kailan ikan masin, red tomyam dan tiga pinggan nasi putih.. Myyg makan dengan berselera sekali. Gitu gak anaknyer, Hani dan isterinya, aku lerr...

Pada 27/8/08 Rabu, Hari Sukan berlangsung di sekolah tadika tempat Habi bersekolah, Tadika Islam Al Watan. Hani menang tempat pertama dalam acara berjalan dengan buku di atas kepala.. Macam model tengah catwalk wa cakap lu.. Buku atas kepala Hani tak jatuh langsung. But if her mommy, sure byk kali buku tu akan jatuh.



Sempena Kemerdekaan Malaysia 31/8/08 yang ke-51 semalam, kami sekadar menyaksikan perarakan yang disiarkan di televisyen dan selebihnya kami berehat di rumah sahaja. Begitu juga dengan hari ini, dan bersempena menjelangnya Ramadhan al-Mubarak 1429H ini, ku ucapkan semoga sekalian muslimin dan muslimat moga selamat menjalani ibadah puasa.

Hiasilah Ramadhan ini dengan bunga ketaqwaan dan segarkanlah ia dengan siraman tangisan keinsafan agar hidup ini senantiasa di dalam keberkatan dan kasih sayang Ilahi.. insya Allah.

Daaaa

aduyaiii yanti.........akhirnya......... kau hapdettt juga.....
amboi2 dah berangan nak berbesannn hencemmlah bakal mennatu kau tu...

best nyer nasi klcc tu..........tingin lak haku nak ke restoren cheng ho tu.........
terliuq nengok gamabr2 makanna tu..

re:LO tu semua linn upload dari internet jerk...... nak ker? nanti YM dgn kiter yer...
linn bg link2 tu......
Mon 1-Sep-2008 14:18
Posted by:~~ciklinn~~  - [Link]
>> semoga terus tabah menunaikan kewajipan di bulan mulia ini... Thu 4-Sep-2008 19:15
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Jauhnya pi shopping raya..tu KB tu kampung iza tau....Lama dah tak makan nasi tumpang tu...sedapkan??? Mon 8-Sep-2008 07:21
Posted by:iza~mamahaikal melati072003@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 11-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cheng Ho Restaurant

 
 
Tarikh : 10/8/08 - Ahad
Tempat : Restoran Cheng Ho (Milik Amy Search)
Wangsa Link , Wangsa Maju
Masa : 12.30 tghari



Tidak banyak yang dapat ku kongsi kan dengan kalian kerana ku sibuk melayan si tuan puteri ku dan apa lagi manjang ngap, ngap dan ngap....
Kami cuma memesan makanan yang ringkas sahaja iaitu Nasi Goreng Kampung (myyg punya) dan Nasi Goreng Cina (aku+Hani) selain itu kami juga memesan tomyam merah, telur dadar bersama tiram. Sementara menunggu pesanan tiba, kami di jamukan dengan kacang peas dan chinese tea. Hani mmg fav air teh so dia minum mcm tak cukup, cukup.... sabor jer larrr..



Pada awalnyer memang berselera sungguh kami mengunyah dan mengunyah... namun setelah beberapa kali dok suap Hani dan ke mulut ku, aku merasa sudah tidak larat lagi untuk ku teruskan pengembaraan ini.. cewah. adosss.. semangat jugak nasi goreng cina nyer.. Mmg aku berpuas hati bukan sahaja sedap malahan berbaloi dengan harga yang kita bayar. Nnt korang cubalah datang restoran nih. Untung2 dapat jumpa Amy Search.
Di lain kali insya Allah, rasanyerr nak plak aku mencuba shark fin soup nyer... pergh!! mesti bestkan??!!
yanT, yanT.. sesudahlah makan tu yerk ...
daaaa ...

opsssss.....abah singgah sebentar........abah memang teringin nak makan restoran masakan cina tapi Islam......
sedap ke.....
Sat 30-Aug-2008 05:34
Posted by:Abah along  - [Link]
>> selamat menunaikan ibadah puasa buat anda sekeluarga...
>> semoga kehadiran Ramadan ini akan semakin mendekatkan kita kepadaNya...
>> insyaAllah...
Sun 31-Aug-2008 19:36
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
ooppss tumpang lalu..saje nk ceta gak..sy penah try food kat cheng ho ni..(opis dkt citu jer)..food superb..waitress ok..amy search mmg best..senyum jerr... Mon 22-Sep-2008 06:27
Posted by:unnamed
View all 10 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.